Klik je...

Rabu, 19 Mac 2014

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Sara Diri

Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya mengerjakan sebidang tanah yang kecil yang ditanam dengan tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak berpindah-pindah kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah. Kaedah pertanian yang diamalkan adalah cara lama, pengeluaran hasil rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian pindah. Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung, sayuran, dusun buah-buahan dan sedikit aktiviti penternakan seperti ayam itik, lembu, kambing dan babi.

Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah turut campur tangan dalam membantu dan membangun taraf hidup petani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga dan penyakit, serta khidmat nasihat dan pemasaran.


LIKE PAGE....
#TranformasiAgropreneur 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan