Klik je...

Isnin, 16 Januari 2012

Apa Maksud Tajul Muluk Pulak???

Begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.

Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun, cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100 peratus.

Antara perkara yang diperkatakan dalam kitab berkenaan ialah mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti turut dikaitkan dengan hari mereka dilahirkan.

Bagi sesetengah orang, banyak aspek diambil kira apabila mencari pasangan atau menjalin hubungan jangka panjang. Bukan hanya melihat daripada paras rupa, kesamaan minat, keserasian, tarikh lahir, bulan atau tahun kelahiran seseorang bahkan sifat yang dapat dizahirkan sama ada luaran atau dalaman juga diutamakan.

Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya.

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.