Klik je...

Isnin, 13 Februari 2012

CERITA INSPIRASI - Berhentilah Mengeluh

Pantaskah anda mengeluh? Padahal anda telah dikurniakan sepasang lengan yang kuat untuk mengubah dunia. Layakkah anda berkeluh kesah? Padahal anda telah dianugerahkan kecerdasan yang memungkinkan anda untuk membuat segala sesuatunya.
Apakah anda bermaksud untuk menyia-nyiakan semuanya itu? Lalu menyingkirkan beban dan tanggungjawab anda? Janganlah kekuatan yang ada pada diri anda, terhurai kerana anda berkeluh kesah. Ayuh kuatkan hati anda. Tegakkan bahu. Jangan biarkan semangat hilang hanya kerana anda tidak tahu jawapan dari masalah anda tersebut.

Jangan biarkan kelemahan menghancurkan keunggulan kamu. Sedut lah nafas sedalam-dalamnya. Tenangkan semua  yang ada dalam pemikiran anda. Kemudian lihat lah  cahaya yang terang disebalik awan mendung. Dan mulakan dengan langkah baru.

Sesungguhnya, ada orang yang lebih berhak mengeluh dibandingkan dengan anda. Sayangnya suara mereka jauh tak kedengaran, kerana mereka tak sempat lagi untuk mengeluh. Beban kehidupan yang berat lebih suka mereka jalani daripada mereka sesali. Jika demikian masihkan anda lebih suka mengeluh daripada menjalani rintangan hidup ini?

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

"Allah telah memberikan kita kehidupan yang indah. Mengapa merosaknya denganfikiran kita dan tindakan negatif? Tukar kedua-dua ini menjadi positif dan membuatplanet kita tempat yang indah untuk hidup."