Klik je...

Isnin, 30 Januari 2012

Kaedah Sains Metafizik sebagai rujukan

Kaedah ini juga dapat membantu anda menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi diri disamping memahami tindak tanduk dan perangai pasangan anda, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, majikan atau kakitangan, rakan niaga ataupun sesiapa sahaja yang di sekeliling anda.



Melalui tarikh lahir dapat disingkap akan potensi-potensi diri yang terpendam yang mungkin anda sendiri tidak sedar bahawa anda mempunyai potensi sedemikian, kelemahan yang perlu diatasi dan pengaturan strategi dapat dilakukan.

Bagaimana anda ingin mengenali orang lain jika anda belum mengenali diri anda sendiri?Bagaimana anda ingin menguasai orang lain jika anda belum menguasai diri anda sendiri?

Sesungguhnya, apabila seseorang dapat mengenali dan menguasai dirinya, maka sewajarnya dia pasti mudah untuk mengenali serta menguasai orang lain dan bidang perniagaan atau pekerjaan yang dia ceburi.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya”.



Justeru itu, kenalilah dan kuasailah diri anda sendiri terlebih dahulu, sebelum anda mengenali dan menguasai orang lain, menggunakan KAEDAH SAINS METAFIZIK.

Antara faktor-faktor yang dapat disingkap dengan menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut :
Analisa Ringkas Peribadi - potensi sebenar diri secara asas
  1. Analisa Lengkap Peribadi - Dapat menyingkap tentang potensi diri seseorang, yang mana mereka sendiri pun tidak menjangkakan yang mereka memiliki potensi atau bakat yang sedemikian.
  2. Analisa Terperinci Peribadi - Melalui penghuraian rajah segitiga tarikh lahir anda.
  3. Interaksi elemen dengan kerjaya dan warna. Daripada nombor utama dapat dikenalpasti elemen dan interaksi elemen yang dikaitkan dengan kesesuaian bidang yang boleh diceburi dan warna yang paling sesuai.
  4. Dan lain-lain lagi seperti nombor akhir hayat.

Isnin, 23 Januari 2012

Apakah perbezaan kaedah Tarikh Kelahiran dengan kaedah-kaedah yang lain?

Hidup kita berkaitan rapat dengan Sains Metafizik, seperti kenapa kita sakit, kenapa matahari terik di kepala pada waktu tengahari dan sebagainya. Sains metafizik cuba menjelaskan sesuatu yang terjadi adalah realiti kejadian yang di luar pemikiran kita.

Kaedah Tarikh Kelahiran adalah berdasarkan kajian tentang kelakuan dan perbuatan manusia. Ianya adalah salah satu cabang dalam kajian sains metafizik, yang telah dilakukan berkurun-kurun lamanya.
Kaedah-kaedah yang lain mungkin menggunakan faktor-faktor persekitaran kita, contoh seperti arah pintu rumah/pejabat, pili air, susunan perabot atau sebagainya, dimana faktor-faktor tersebut mungkin boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Namun, tarikh lahir kita tidak mungkin akan berubah. Apa yang telah tertulis di Sijil Kelahiran anda, tarikh itulah yang akan anda gunakan sebagai tarikh lahir anda untuk selama-lamanya seperti untuk urusan kemasukan sekolah, urusan perkahwinan dan sebagainya.
Ketahuilah, sesungguhnya, tarikh lahir adalah sesuatu yang tidak akan berubah dalam hidup anda, waima dikala anda mati kelak, tarikh lahir dan tarikh kematian anda adalah dua tarikh yang akan dicatatkan di atas batu nisan anda. Tiada tarikh-tarikh yang lain seperti tarikh nikah, tarikh melanjutkan pelajaran, tarikh membeli kereta, tarikh kenaikan pangkat mahupun nombor kad pengenalan anda sendiri atau sebagainya. Maka, renung-renungkanlah!!

Isnin, 16 Januari 2012

Apa Maksud Tajul Muluk Pulak???

Begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.

Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun, cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100 peratus.

Antara perkara yang diperkatakan dalam kitab berkenaan ialah mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti turut dikaitkan dengan hari mereka dilahirkan.

Bagi sesetengah orang, banyak aspek diambil kira apabila mencari pasangan atau menjalin hubungan jangka panjang. Bukan hanya melihat daripada paras rupa, kesamaan minat, keserasian, tarikh lahir, bulan atau tahun kelahiran seseorang bahkan sifat yang dapat dizahirkan sama ada luaran atau dalaman juga diutamakan.

Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya.

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.

Isnin, 9 Januari 2012

Apa Itu Sains Metafizik???

Merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ianya membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek, meta yang membawa maksud “selepas” dan fizik yang membawa maksud “yang mengenai alam”. "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam yang ditulis oleh Aristotle.



Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:



Apakah sifat realiti?

· Di manakah tempat manusia di dunia?
· Adakah warna objektif atau subjektif?
· Adakah dunia wujud di luar minda?
· Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?



Dan apabila kita menyebut perkataan sains, bermakna ianya melibatkan kajian dan penyelidikan. Maka, sains metafizik adalah satu kaedah sains yang banyak menggunakan kajian dan penyelidikan seperti pemerhatian kes, penggunaan sampel dan sebagainya.

Isnin, 2 Januari 2012

Minda Separa Sedar

Mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Sains Metafizik. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.


Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario ‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”
Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan Sains Metafizik, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Sains Metafizik membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan persediaan yang secukupnya. Kaedah ini juga bukanlah menunjukkan apa yang pasti akan berlaku di masa akan datang, yang mana perbuatan itu adalah syirik. Tetapi ia adalah kaedah untuk menyingkap tentang potensi yang bakal kita tempuhi agar kita tahu cara menguruskannya serta menghadapinya. Samada ia berlaku atau tidak, terserah pada kuasa Allah s.w.t.
 
Sebagai contoh, apabila kita memandu di jalanraya atau di lebuhraya, kita akan dapati banyak papan tanda yang memberi petunjuk kepada pemandu untuk menuju ke suatu arah perjalanan. Antara papan tanda yang yang sering kita lihat adalah seperti simpang di hadapan, R&R – 5km, selekoh merbahaya dan sebagainya. Antara tujuan utama papan tanda tersebut adalah untuk memberitahu dan memberi peringatan kepada pemandu tentang apa yang menanti di hadapan agar pemandu bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Contohnya, sekiranya ada simpang merbahaya di hadapan, maka pemandu harus memperlahankan kenderaan dan lebih berhati-hati.

Setiap manusia telah ditentukan qada'nya oleh Yang Maha Esa tetapi kita sebagai manusia boleh mengubah qadarnya...

Mengetahui apa yang berlaku esok hari adalah kuasa Yang Maha Esa. Keupayaan merangka strategi untuk esok hari adalah kekuatan manusia.

Firman Allah yang bermaksud :

Allah tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum..melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..

Inilah di namakan takdir (QADA DAN QADAR).

Sains Metafizik juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atau PAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan
  • Perniagaan& Kewangan
  • Perhubungan sosial antara masyarakat
  • Perhubungan Kekeluargaan
  • Kerjaya