Klik je...

Jumaat, 10 Februari 2012

Koleksi Renungan - "AWAS JERAT VALENTINE"

Koleksi Khutbah Jumaat :



"AWAS JERAT VALENTINE"

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: AWAS JERAT VALENTINE.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa  pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

          Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.  Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya:Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

       Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya  sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.  Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

      Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

           Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:
Pertama:      ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua:         umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya  
                     kaum  musyrik;
Ketiga:         menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat:     menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram
                     dalam  menyambut majlis tertentu; dan
Kelima:        meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.
 

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Cerita Inspirasi - Cubalah Untuk Merenung

     Sediakan beberapa minit dalam sehari untuk melakukan perenungan. Lakukan di pagi hari yang tenang, segera setelah bangun tidur. Atau di malam hari ketika sebelum hendak tidur. Merenunglah dalam keheningan. Jangan gunakan fikiran untuk mencari pelbagai jawapan. Dalam perenungan anda tidak mencari jawapan. Cukup berteman dengan ketenangan maka anda akan mendapatkan kejernihan fikiran. Jawapan berasal dari fikiran anda yang hening. Selama berhari-hari anda disibukkan oleh berbagai hal. Sedarilah bahwa fikiran anda memerlukan istirehat. Tidak cukup hanya dengan tidur. Anda perlu tidur dalam keadaan terbangun. Merenunglah dan dapatkan ketenteraman batin.  

   Fikiran yang digunakan itu bagaikan air sabun yang diadun dalam segelas kaca. Semakin banyak sabun yang tercampur semakin keruh air. Semakin cepat anda mengacau semakin kencang pusaran. Merenung adalah menghentikan adunan. Dan membiarkan air berputar perlahan. Perhatikan keadaan sabun turun satu persatu, menyentuh dasar gelas. Benar-benar perlahan. Tanpa suara. Bahkan anda mampu mendengar lurutnya keadaan sabun. Kini anda mendapatkan air jernih tersisa di permukaan. Bukankah air yang jernih mampu meneruskan cahaya. Demikian halnya dengan fikiran anda yang hening.

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!

Khamis, 9 Februari 2012

CERITA INSPIRASI - Terus Berkarya



Jangan berhenti. Bukan karena berhenti akan menghambat laju kemajuan anda. Namun sesungguhnya alam mengajar bahwa anda tak akan pernah boleh berhenti. Meskipun anda berdiam diri di situ, bumi tetap akan mengajak anda mengelilingi matahari. Maka, bergeraklah, bekerjalah, berkaryalah. Bekerja bukan sekadar untuk meraih sesuatu. Bekerja memberi kebahagiaan diri. Itulah yang diharapkan oleh alam daripada anda.

Air yang tidak bergerak lebih cepat busuk. Kunci yang tidak pernah dibuka lebih mudah karat. Mesin yang tidak dihidupkan lebih cepat berkarat. Hanya perkakas yang tidak digunakanlah yang disimpan dalam laci berdebu. Alam telah mengajarkan ini; Jangan berhenti berkarya, atau anda segera menjadi tua dan  tak berguna.

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

Rabu, 8 Februari 2012

CERITA INSPIRASI -Rich Dad poor Dad


Saya pasti ramai yang telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang saya amat minat (dan gunakan) dari Rich Dad Poor dad adalah membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM).

Contoh yang ditunjukkan adalah, Robert ingin membeli kereta idamannya iaitu sebuah Porche. Untuk membeli kereta idamannya itu, beliau tidak menggunakan wangnya sendiri. Apa yang digunakan adalah wang orang lain. Beliau membeli sebuah bilik/ruang kosong kemudian, menyewakannya menjadi tempat penyimpanan barang (Storage facility).

Keuntungan dari perniagaan kecil storage facilitynya itu setiap bulan membayar pinjaman bulanan kereta idaman Porche itu. Dalam kata lain, wang dari orang lain membiayai kereta idaman!

Apabila beliau ingin membeli kereta Mercedes untuk isterinya, beliau memulakan perniagaan kecil baru. Keuntungan (other people’s money) dari situ pula digunakan untuk membayar kereta mewah Mercedes!

Konsep yang sama anda boleh gunakan untuk sebarang perniagaan. Mulakan perniagaan kecil yang automatik (tidak memerlukan penglibatan anda sepenuhnya) seperti menjual membeli EMAS. Keuntungan bulanan dari situ boleh membiayai kereta idaman anda, atau rumah idaman anda!

Aplikasikan konsep Rich Dad Poor Dad kepada perniagaan EMAS. Dengan cara ini, wang anda tidak akan berkurangan, walaupun memiliki sesuatu yang anda idamkan

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.

Selasa, 7 Februari 2012

CERITA INSPIRASI -Segalanya Pantas

Lakukan segala-galanya dengan pantas


Pantas! Itulah kuncinya…

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.... 

 Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Coretan Pagi

Coretan Menyinar Kehidupan :




Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."

Isnin, 6 Februari 2012

Rahsia Personaliti Darah ?


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri?

Mari kita buat kajian, lihat betul atau tidak pastu kita kembali pula lihat Rahsia Tarikh Lahir kita..sure ada skit2 persamaan punya..oklah bila dah dapat jawapan bolehlah kaji2 diri..yang kurang ditambahkan..yang baik kepada yang lebih baik.

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.

KENAPA ANDA WAJIB HADIR SEMINAR???

1) MEMBONGKAR Khazanah Diri anda yang mungkin selama ini 'tersembunyi' TANPA anda sedari! Mungkin anda memiliki KEHEBATAN yang anda sendiri tidak sedari dan masih melakukan perkara yang dibawah 'Kemampuan' sebenar anda!

2) Mungkin anda masih 'tercari-cari' untuk menikmati satu kehidupan yang LEBIH HEBAT dari apa yang anda miliki hari ini TETAPI masih tetap menemui 'JALAN BUNTU'!

3) Sebagai Majikan..anda PERLU tahu KEHEBATAN dan KEKURANGAN Kakitangan anda agar mereka LEBIH EFEKTIF dalam bidang yang sesuai dengan karakter mereka!

4) Dengan ILMU yang akan anda pelajari anda akan LEBIH MEMAHAMI Karakter mereka disekeliling anda!

5) Sebagai IBU/BAPA anda dapat MENGENALPASTI Potensi anak-anak yang tercinta sejak dari mereka kecil lagi dan bagaimana cara terbaik menangani anak-anak dengan kehebatan dan kekurangan mereka!

6) Bagaimana ILMU yang dipelajari MAMPU MEMBANTU anda untuk menjadi pekerja yang lebih EFEKTIF dengan BAKAT yang anda mula ketahui!

7) Bagaimana anda MEMILIH Bidang yang SESUAI dengan KARAKTER anda! Anda mungkin PATUT KAYA dan BERJAYA!

8) Bagaimana ILMU yang anda pelajari MAMPU memberi anda 'jalan' untuk lebih YAKIN dengan IMPIAN yang anda impikan selama ini! 

9) Bagaimana anda mampu MEMAKSIMUMKAN POTENSI DIRI dan MEMINIMUMKAN Kekurangan serta MEMPERBAIKI KELEMAHAN anda!

10) MEMBONGKAR KHAZANAH DIRI..maka anda akan LEBIH MENGENALI POTENSI setiap IMPIAN anda!

PASTI BERBALOI!

Coretan Pagi

Menyinar Kehidupan:

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan..."

Contoh Pengiraan Kaedah Sains Metafizik


Individu ini memiliki pola angka Getaran Suara, bermaksud ada anugerah dan bakat dalam bidang komunikasi, iaitu melalui percakapan dan penulisan.



Individu ini sangat menawan (tidak semestinya jelita atau tampan), tetapi ada karisma. Memiliki keistimewaan “pelaris semulajadi” bermaksud mudah untuk yakinkan orang, mudah memujuk orang dan memiliki getaran tarikan orang.



Berkebolehan untuk menjadi “orang tengah” yang mahir menguruskan dua pihak.



Individu ini mempunyai masalah lebihan elemen besi dalam badan. Sekiranya tidak berhati-hati dengan kesihatan, bagi jangkamasa panjang, berpotensi mengalami masalah pening kepala, kemurungan, gangguan emosi, batu karang, kanser dan sebagainya.



Individu ini berpotensi untuk mempunyai banyak harta di akhir hayat (nombor akhir hayat).

Ini adalah sebahagian dari analisa kaedah Sains Metafizik. Analisa ini berpotensi mempunyai ketepatan sehingga 90%.

Jumaat, 3 Februari 2012

Koleksi Renungan - “ KEUNGGULAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW”

Koleksi Khutbah Jumaat :


“ KEUNGGULAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketaqwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini maka mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: KEUNGGULAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi. Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

Mafhumnya: Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.(Riwayat al-Bukhari)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  adalah pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Menurut sirah, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah memberi gelaran “al-Aminkerana keunggulan Baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran “ al-Amin” ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Baginda.
Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh Baginda juga cukup hebat. Sebagai contoh Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan keunggulan dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu.
Selain Abu Jahal, al-Qur'an juga menyebut beberapa watak kepimpinan korup yang tidak bermaruah sehingga merosakkan negara, memecah belahkan masyarakat, dan kesengsaraan kepada keluarga, yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya antaranya ialah Fir'aun, Haman, dan Qarun.
Menurut  Prof  Dr Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa Fir'aun adalah pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuhnya sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tidak ada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya; Haman pula seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi Fir'aun menjalankan tugas untuk memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun; manakala Qarun pula seorang tokoh korporat yang kaya raya mengambil peluang daripada pemerintah. Beliau membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa mempedulikan penderitaan orang lain. kesemua watak-watak  pemimpin ini yang dirakamkan di dalam al-Quran memperlihatkan golongan yang tamak kuasa, mengejar jawatan , mengaut keuntungan dan kemewahan dunia di atas penderitaan orang lain, yang akhirnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT di dunia dengan menjadi sehina-hina manusia.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap kali kita solat, kita sering membaca al-Qur'an, takbir, tasbih, syahadah dan selawat kepada Nabi SAW. Semua ini adalah amalan Islam untuk mengukuhkan keunggulan dan jati diri umat Islam selari dengan al-Qur'an dan as-Sunnah. Jika solat dan ibadah khusus lain yang dilaksanakan dari masa ke masa gagal membentuk kita menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi dan menipu diri sendiri.
Malahan keunggulan seorang pemimpin berkait rapat dengan imej dan amalan individu itu sendiri. Lihat sahaja bukti kepimpinan Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya, sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun Baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan keluhan yang berat. Berulang kali Baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Apa yang tidak terjangkau oleh fikiran kita ialah keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW membawa kepada terselamatnya umat Islam dari azab Allah SWT .Sebagaimana sabda  Rasulullah SAW:  Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.(Riwayat al-Bukhari).
Begitu juga umat yang senantiasa mengingati Rasulullah SAW dengan bersalawat kepadanya akan mendapat pelbagai manfaat antaranya dikurniakan kebajikan, dimakbulkan berbagai do’a, mendapatkan syafa’at dan selamat dari kebakhilan. Berdasarkan kepada sirah ini menunjukkan bahawa kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya senantiasa tertanam dalam jiwanya dan terpahat di hati sehingga ke akhirat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar amat yakin, kepimpinan yang beramanah dan bertanggungjawab dalam masyarakat mencerminkan suasana kepimpinan yang cemerlang. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.

Apa yang jelas, dalam ayat ini bahawa  kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT dan sebagai seorang pemimpin hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah SAW terus dikagumi umat Islam walaupun Baginda telah lama wafat. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan golongan tertentu sehingga sanggup menyebarkan fitnah dan mengaibkan Rasulullah SAW  dan umat Islam. Oleh itu, sempena sambutan Maulidur Rasul SAW pada 5 Februari ni di Masjid Putra, Putrajaya dan lain-lain tempat seluruh negara, marilah kita hadir bersama keluarga bagi menyemarakkan rasa kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai bukti mempertahankan martabat Rasulullah SAW.
Pada masa yang sama, semua pihak hendaklah menginsafi diri dengan mempertingkatkan kualiti jati diri dan keunggulan  yang telah dicontohi Rasulullah SAW dan para sahabat melalui langkah berikut: Pertama: Memantapkan urus tadbir negara, masyarakat, dan keluarga dengan mencontohi Rasulullah SAW dan berpandukan syariat Islam, Kedua: Menjauhi daripada mencontohi watak tokoh pemimpin yang korup dan tidak beretika, ketiga: Mereka yang tiada integriti dan akauntabiliti walaupun terlepas hukuman di dunia tetapi tidak terlepas daripada hukuman Allah SWT pada hari akhirat, dan keempat:  Pemimpin yang unggul akan lebih dihormati, dikagumi dan disayangi oleh masyarakat. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya.

Coretan Pagi

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji..."

Isnin, 30 Januari 2012

Kaedah Sains Metafizik sebagai rujukan

Kaedah ini juga dapat membantu anda menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi diri disamping memahami tindak tanduk dan perangai pasangan anda, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, majikan atau kakitangan, rakan niaga ataupun sesiapa sahaja yang di sekeliling anda.



Melalui tarikh lahir dapat disingkap akan potensi-potensi diri yang terpendam yang mungkin anda sendiri tidak sedar bahawa anda mempunyai potensi sedemikian, kelemahan yang perlu diatasi dan pengaturan strategi dapat dilakukan.

Bagaimana anda ingin mengenali orang lain jika anda belum mengenali diri anda sendiri?Bagaimana anda ingin menguasai orang lain jika anda belum menguasai diri anda sendiri?

Sesungguhnya, apabila seseorang dapat mengenali dan menguasai dirinya, maka sewajarnya dia pasti mudah untuk mengenali serta menguasai orang lain dan bidang perniagaan atau pekerjaan yang dia ceburi.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya”.



Justeru itu, kenalilah dan kuasailah diri anda sendiri terlebih dahulu, sebelum anda mengenali dan menguasai orang lain, menggunakan KAEDAH SAINS METAFIZIK.

Antara faktor-faktor yang dapat disingkap dengan menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut :
Analisa Ringkas Peribadi - potensi sebenar diri secara asas
  1. Analisa Lengkap Peribadi - Dapat menyingkap tentang potensi diri seseorang, yang mana mereka sendiri pun tidak menjangkakan yang mereka memiliki potensi atau bakat yang sedemikian.
  2. Analisa Terperinci Peribadi - Melalui penghuraian rajah segitiga tarikh lahir anda.
  3. Interaksi elemen dengan kerjaya dan warna. Daripada nombor utama dapat dikenalpasti elemen dan interaksi elemen yang dikaitkan dengan kesesuaian bidang yang boleh diceburi dan warna yang paling sesuai.
  4. Dan lain-lain lagi seperti nombor akhir hayat.

Isnin, 23 Januari 2012

Apakah perbezaan kaedah Tarikh Kelahiran dengan kaedah-kaedah yang lain?

Hidup kita berkaitan rapat dengan Sains Metafizik, seperti kenapa kita sakit, kenapa matahari terik di kepala pada waktu tengahari dan sebagainya. Sains metafizik cuba menjelaskan sesuatu yang terjadi adalah realiti kejadian yang di luar pemikiran kita.

Kaedah Tarikh Kelahiran adalah berdasarkan kajian tentang kelakuan dan perbuatan manusia. Ianya adalah salah satu cabang dalam kajian sains metafizik, yang telah dilakukan berkurun-kurun lamanya.
Kaedah-kaedah yang lain mungkin menggunakan faktor-faktor persekitaran kita, contoh seperti arah pintu rumah/pejabat, pili air, susunan perabot atau sebagainya, dimana faktor-faktor tersebut mungkin boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Namun, tarikh lahir kita tidak mungkin akan berubah. Apa yang telah tertulis di Sijil Kelahiran anda, tarikh itulah yang akan anda gunakan sebagai tarikh lahir anda untuk selama-lamanya seperti untuk urusan kemasukan sekolah, urusan perkahwinan dan sebagainya.
Ketahuilah, sesungguhnya, tarikh lahir adalah sesuatu yang tidak akan berubah dalam hidup anda, waima dikala anda mati kelak, tarikh lahir dan tarikh kematian anda adalah dua tarikh yang akan dicatatkan di atas batu nisan anda. Tiada tarikh-tarikh yang lain seperti tarikh nikah, tarikh melanjutkan pelajaran, tarikh membeli kereta, tarikh kenaikan pangkat mahupun nombor kad pengenalan anda sendiri atau sebagainya. Maka, renung-renungkanlah!!

Isnin, 16 Januari 2012

Apa Maksud Tajul Muluk Pulak???

Begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.

Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun, cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100 peratus.

Antara perkara yang diperkatakan dalam kitab berkenaan ialah mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti turut dikaitkan dengan hari mereka dilahirkan.

Bagi sesetengah orang, banyak aspek diambil kira apabila mencari pasangan atau menjalin hubungan jangka panjang. Bukan hanya melihat daripada paras rupa, kesamaan minat, keserasian, tarikh lahir, bulan atau tahun kelahiran seseorang bahkan sifat yang dapat dizahirkan sama ada luaran atau dalaman juga diutamakan.

Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya.

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.

Isnin, 9 Januari 2012

Apa Itu Sains Metafizik???

Merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ianya membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek, meta yang membawa maksud “selepas” dan fizik yang membawa maksud “yang mengenai alam”. "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam yang ditulis oleh Aristotle.



Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:



Apakah sifat realiti?

· Di manakah tempat manusia di dunia?
· Adakah warna objektif atau subjektif?
· Adakah dunia wujud di luar minda?
· Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?



Dan apabila kita menyebut perkataan sains, bermakna ianya melibatkan kajian dan penyelidikan. Maka, sains metafizik adalah satu kaedah sains yang banyak menggunakan kajian dan penyelidikan seperti pemerhatian kes, penggunaan sampel dan sebagainya.

Isnin, 2 Januari 2012

Minda Separa Sedar

Mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Sains Metafizik. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.


Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario ‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”
Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan Sains Metafizik, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Sains Metafizik membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan persediaan yang secukupnya. Kaedah ini juga bukanlah menunjukkan apa yang pasti akan berlaku di masa akan datang, yang mana perbuatan itu adalah syirik. Tetapi ia adalah kaedah untuk menyingkap tentang potensi yang bakal kita tempuhi agar kita tahu cara menguruskannya serta menghadapinya. Samada ia berlaku atau tidak, terserah pada kuasa Allah s.w.t.
 
Sebagai contoh, apabila kita memandu di jalanraya atau di lebuhraya, kita akan dapati banyak papan tanda yang memberi petunjuk kepada pemandu untuk menuju ke suatu arah perjalanan. Antara papan tanda yang yang sering kita lihat adalah seperti simpang di hadapan, R&R – 5km, selekoh merbahaya dan sebagainya. Antara tujuan utama papan tanda tersebut adalah untuk memberitahu dan memberi peringatan kepada pemandu tentang apa yang menanti di hadapan agar pemandu bersiap sedia untuk menghadapi perkara tersebut. Contohnya, sekiranya ada simpang merbahaya di hadapan, maka pemandu harus memperlahankan kenderaan dan lebih berhati-hati.

Setiap manusia telah ditentukan qada'nya oleh Yang Maha Esa tetapi kita sebagai manusia boleh mengubah qadarnya...

Mengetahui apa yang berlaku esok hari adalah kuasa Yang Maha Esa. Keupayaan merangka strategi untuk esok hari adalah kekuatan manusia.

Firman Allah yang bermaksud :

Allah tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum..melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..

Inilah di namakan takdir (QADA DAN QADAR).

Sains Metafizik juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atau PAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan
  • Perniagaan& Kewangan
  • Perhubungan sosial antara masyarakat
  • Perhubungan Kekeluargaan
  • Kerjaya

Rabu, 20 Julai 2011

Membongkar Khazanah Disebalik Kelahiran

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :
  •  Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  •  Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  •  Memahami PETUNJUK ALAM
  •  Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  •  Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang
Ilmu yang dimaksudkan ialah Analisa Sains Metafizik. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.

Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!