Klik je...

Memaparkan catatan dengan label Info pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info pertanian. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

Senario Sistem Pertanian Malaysia Hari Ini

Bertambah maju dan sebahagian besar bebentuk komersial 

Kaedah pertanian pindah dan pertanian sara diri semakin kurang kesan pembangunan infrastruktur dan pembangunan tanah oleh kerajaan dan swasta. 

Sistem pekebun kecil dan petempatan tanah rancangan telah dimajukan melalui pembangunan pertanian bersepadu (IADP) 

Sektor pertanian mengalami kemerosotan dari segi sumbangannya kepada eksport. Ini adalah kerana berkembangnya sektor industri dan perkhidmatan. Berikutan itu kira 4 kali dasar pertanian telah dilancarkan sejak tahun 1984. 

Antara objektif dasar ialah memaksimakan pendapatan eksport pertanian, memaksimakan kebajikan dan pendapatan para petani. 

Masalah pemecahan hak milik tanah dan pengurusan pekebun-pekebun kecil yang tidak ekonomi dimajukan melalui pertanian kelompok (in-situ) dan penanaman semula oleh agensi kerajaan.

Pemulihan tanah terbiar. paya air masin, paya air tawar untuk padang ragut (pastura), akuakultur melalui Jabatan Pertanian dan Perikanan.

Melalui IADP dan berbagai agensi membuka kawasan padang ragut dan kawasan berpotensi untuk ternak lembu daging, lembu susu, kambing dan biri-biri. Memajukan bidang ternakan secara komersial bagi menambahkan pendapatan petani serta sebagai langkah menambahkan bekalan protin negara.

Langkah menghakmilikkan ladang besar daripada pemodal asing untuk mengawal imbangan pembayaran dan melicinkan sistem perladangan dan langkah ke arah pensyarikatan.

LIKE PAGE.... 
#TranformasiAgropreneur 

Perkembangan Pertanian Dagangan

Pekembangan pertanian dagangan adalah di atas kesedaran akan pentingnya pertanian dagang kepada negara terutamanya hasil getah bermula sejak perang dunia kedua. Tanaman getah ketika ini dianggap sebagai tulang belakang ekonomi negara. Pada tahun 1950 an usaha untuk meninggikan mutu dan nilai eksport dalam Rangka Rancangan Pembangunan Malaya, maka industri getah diberi perhatian khusus. Pada 1954 getah asli telah menghadapi persaingan dengan getah tiruan, maka usaha untuk meluaskan kawasan tanaman, penggalakan hasil, dan kecekapan penggunaan dijalankan.

Sebagai langkah menghadapi persaingan hebat, maka tertubuhlah Institut Piawaian Getah Malaysia (SMR) bagi menjamin mutu paras minimum, mengadakan kawalan kilang keluaran pekebun kecil (RISDA) samada dalam bentuk skrap, getah kering SMR, dan susu cair.

Sejak akhir tahun 1950an perkembangan pesat pengeluaran minyak sawit berlaku melalui rancangan petempatan peneroka FELDA oleh pihak kerajaan. Tanaman getah dan tebu juga diberi tumpuan, tetapi kejayaannya adalah kecil berbanding dengan tanaman kelapa sawit. Usaha pengeluaran pesat minyak kelapa sawit ini adalah kesan daripada kepentingan pelbagaikan ekonomi negara dan kesan daripada kemerosotan keluaran minyak sawit dan minyak sayuran negara pengeluar lain.

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Dagangan

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Dagangan 
  
Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19. 

Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas, sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasan-kawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini memerlukan modal input yang tinggi. 

Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu:-
a. Pertanian Kebun Kecil 
b. Pertanian Perladangan

Pertanian Kebun Kecil

Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Purata saiz kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar. Daya pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah.


Pertanian Perladangan (estet)

Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada skala yang besar iaitu melebihi 100 ekar.  Pengkhususan tanaman adalah kepada satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang adalah tinggi dan bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga pengarah, pengurus, penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970 sebahagian besar ladang adalah milik pelabur asing. Kini pembukaan tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA dan badan swasta tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang tinggi dan menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang terpilih, baja kimia, racun, teknik-teknik yang baru, dan tenaga pakar. Ladang-ladang berkeupayaan menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi. Pada tahun 1970 kira-kira 70% daripada 2492 buah estet dimiliki oleh rakyat Malaysia. 

Tanaman ladang di Malaysia 1960.
Jenis dan Luas (ekar)

Getah = 1,942,00

Kelapa Sawit = 135,000

Kelapa = 86,000

Nenas = 15,000

Teh = 9,000

Jumlah = 2,187,000

LIKE PAGE.... 
#TranformasiAgropreneur 

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Sara Diri

Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya mengerjakan sebidang tanah yang kecil yang ditanam dengan tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak berpindah-pindah kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah. Kaedah pertanian yang diamalkan adalah cara lama, pengeluaran hasil rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian pindah. Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung, sayuran, dusun buah-buahan dan sedikit aktiviti penternakan seperti ayam itik, lembu, kambing dan babi.

Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah turut campur tangan dalam membantu dan membangun taraf hidup petani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga dan penyakit, serta khidmat nasihat dan pemasaran.


LIKE PAGE....
#TranformasiAgropreneur