Klik je...

Rabu, 19 Mac 2014

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Pindah




Sistem pertanian ini dikenali juga sebagai sistem Swiden. Diamalkan oleh penduduk primitif di kawasan-kawasan pendalaman di tanah bercerun dan berbukit bukau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang lapisan tanah 'top soil' yang nipis dan biasanya tidak subur.

Kebanyakannya diusahakan oleh kaum asli di pendalaman Semenanjung terutama di Pahang, Kelantan, dan Perak. 


Di Sarawak pada 1976 kira-kira 60,463 hektar kawasan pertanian pindah atau 0.5% dari keluasan Sarawak yang melibatkan kira-kira 70.6% kaum Iban. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam tanaman utama seperti padi disamping tanaman makan iaitu jagung ,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah 3 atau 4 tahun penanaman setelah tanah tidak lagi subur. Kemudian membuka tanah baru yang lain.


Satu keluarga petani memiliki kawasan tidak lebih 2.5 hektar. Hasil padi musim pertama 1,000 hingga 2,000 kg per hektar dan berikutnya 300 hingga 400 kg per hektar.

Masalah pertanian pindah:-
1-  Kawasan terdedah kepada hakisan, tanah akan kehilangan kesuburan, penimbunan aliran berlaku, 
     dan banjir.
2-  Pemusnahan sumber-sumber hutan dan kayu yang bernilai.
Aktiviti pertanian pindah di Semenanjung , Sabah dan Sarawak semakin berkurangan hasil dari perkembangan infrastuktur dan pembangunan ke atas orang Asli kepada jenis pertanian kekal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan