Klik je...

Rabu, 19 Mac 2014

Pertanian di Malaysia

    Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan varaiti tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum dibangunkan dengan aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan Sarawak.
  Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih jenis tanaman, perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti menebang, membakar, dan menanam. Kefahaman jenis tanah, kecerunan dan penilaian kesesuaian tanah juga diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi seperti di Sabah dan Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu diambil kira berbanding dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid (pH4.0 hingga 4.5) dari jenis tanah laterait yang kandungan nutriennya adalah rendah, memerlukan pHnya ditingkatkan dengan penggunaan kapur dan tambahan baja yang tinggi bagi memastikan kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan tanah-tanah jenis laterait (oxisol) dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Kegagalan menghasilkan hasil yang produktif selalu dialami oleh pekebun-pekebun kecil.
    Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di kawasan-kawasan yang kesuburan yang rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit, dan koko. Tanaman -tanaman ini dijalankan dalam bentuk estet. Harga-harga komoditi pertanian ini bergantung kepada pengeluaran sedunia dan ianya berkait rapat dengan perubahan iklim.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

1.  Muka bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun, berbukit-bukau,     
     tanah tinggi berlembangan.
2.  Jenis Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik.
3.  Iklim - panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius, hujan tahunan 2,500 mm.
4.  Kepentingan - beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa sawit, koko, dan kopi sebagai 
     tanaman dagangan.
5.  Sejarah - penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman tersebut.
6.  Teknlogi - penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran.
7.  Pasaran - bergantung kepada permintaan tempatan dan antarabangsa.
8.  Keperluan - penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga dan hasil eksport

BANYAK lagi TIPS akan dikongsikan..... LIKE PAGE.... 
#TranformasiAgropreneur 





  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan