Klik je...

Rabu, 19 Mac 2014

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Dagangan

Sistem Pertanian Malaysia - Pertanian Dagangan 
  
Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19. 

Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas, sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasan-kawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini memerlukan modal input yang tinggi. 

Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu:-
a. Pertanian Kebun Kecil 
b. Pertanian Perladangan

Pertanian Kebun Kecil

Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Purata saiz kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar. Daya pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah.


Pertanian Perladangan (estet)

Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada skala yang besar iaitu melebihi 100 ekar.  Pengkhususan tanaman adalah kepada satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang adalah tinggi dan bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga pengarah, pengurus, penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970 sebahagian besar ladang adalah milik pelabur asing. Kini pembukaan tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA dan badan swasta tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang tinggi dan menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang terpilih, baja kimia, racun, teknik-teknik yang baru, dan tenaga pakar. Ladang-ladang berkeupayaan menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi. Pada tahun 1970 kira-kira 70% daripada 2492 buah estet dimiliki oleh rakyat Malaysia. 

Tanaman ladang di Malaysia 1960.
Jenis dan Luas (ekar)

Getah = 1,942,00

Kelapa Sawit = 135,000

Kelapa = 86,000

Nenas = 15,000

Teh = 9,000

Jumlah = 2,187,000

LIKE PAGE.... 
#TranformasiAgropreneur 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan