Klik je...

Isnin, 20 Februari 2012

Tips Inspirasi Pagi



PEMBAKAR SEMANGAT (1)


Pagi ini, saya bangun dalam keadaan sangat baik. Saya bangun dengan hati yang senang. Seperti mentari pagi yang menjalankan tugasnya menyinari semesta, saya pun bangun dan segera menjalankan tugas dan aktiviti saya hari ini. Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik-baiknya. (Setiap hari kita kena berfikir secara positif, moga-moga hari ini kita bersama dilimpah ruah rezeki..... Amin.)

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

CERITA INSPIRASI - HELANG DAN KALKUN



Konon di satu saat yang telah lama berlalu, Helang dan Kalkun (Ayam Belanda) adalah burung yang menjadi teman yang baik. Dimanapun mereka berada, kedua teman selalu pergi bersama-sama. Tidak pelik bagi manusia untuk melihat Helang dan Kalkun terbang bersebelahan melintasi udara bebas.

Satu hari ketika mereka terbang, Kalkun berbicara pada Helang, “Mari kita turun dan mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Perut saya sudah keroncongan ni!”. Helang membalas, “Kedengarannya idea yang bagus”.

Jadi kedua burung melayang turun ke bumi, melihat beberapa binatang lain sedang makan dan memutuskan bergabung dengan mereka. Mereka mendarat dekat dengan seekor lembu. Lembu ini tengah sibuk makan jagung,namun sewaktu memperhatikan bahwa ada Helang dan Kalkun sedang berdiri dekat dengannya, Lembu berkata, “Selamat datang, silakan rasa jagung manis ini”.

Pelawaan ini membuat kedua burung ini terkejut. Mereka tidak biasa jika ada binatang lain berbagi soal makanan mereka dengan mudahnya. Helang bertanya, “Mengapa kamu bersedia memberikan jagung milikmu kepada kami?”. Lembu menjawab, “Oh, kami punya banyak makanan disini. Tuan Petani memberikan kepada kami apapun yang kami inginkan”. Dengan undangan itu, Helang dan Kalkun menjadi terkejut dan menelan air liur. Sebelum selesai, Kalkun menanyakan lebih jauh tentang Tuan Petani.

Lembu menjawab, “Ya, dia menanam sendiri semua makanan kami. Kami sama sekali tidak perlu bekerja untuk makan”. Kalkun tambah bingung, “Maksud kamu, Tuan Petani itu memberikan padamu semua yang ingin kamu makan?”. Lembu menjawab, “Tepat sekali!. Tidak hanya itu, dia juga memberikan pada kami tempat untuk tinggal.” Helang dan Kalkun menjadi sangat terkejut!. Mereka belum pernah mendengar hal seperti ini. Mereka selalu harus mencari makanan dan bekerja untuk terus hidup.

Ketika datang waktunya untuk meninggalkan tempat itu, Kalkun dan Helang mulai berbicara lagi tentang suasana ini. Kalkun berkata pada Helang, “Mungkin kita harus tinggal di sini. Kita boleh mendapatkan semua makanan yang kita inginkan tanpa perlu bekerja. Dan gudang yang disana sesuai dijadikan sarang seperti yang telah pernah bangun.

Helang juga goyah dengan pengalaman ini, “Saya tidak tahu tentang semua ini. Kedengarannya terlalu baik untuk diterima. Saya menemukan semua ini sukar untuk dipercayai bahawa ada pihak yang mendapat sesuatu tanpa bersusah payah. Disamping itu saya lebih suka terbang tinggi dan bebas mengharungi langit luas. Dan bekerja untuk menyediakan makanan dan tempat berlindung tidaklah terlalu buruk. Pada kenyataannya, saya menemukan hal itu sebagai cabaran menarik”.

Akhirnya, Kalkun memikirkan semuanya dan memutuskan untuk menetap dimana ada makanan keperluan dan juga tempat berlindung. Namun helang memutuskan bahwa ia amat mencintai kemerdekaannya dibanding menyerahkannya begitu saja. Ia menikmati cabaran rutin yang membuatnya hidup. Jadi setelah mengucapkan selamat berpisah untuk teman lamanya Si Kalkun, Helang menetapkan penerbangan untuk perjalanan baru yang ia tidak ketahui bagaimana ke depannya.

Semuanya berjalan baik bagi Si Kalkun. Dia makan semua yang ia inginkan. Dia tidak pernah bekerja. Dia memilih menjadi burung gemuk dan malas. Namun suatu hari dia mendengar isteri Tuan Petani menyebutkan bahawa Hari raya Thanks giving akan datang beberapa hari lagi dan alangkah indahnya jika ada hidangan Kalkun panggang untuk makan malam. Mendengar hal itu, Si Kalkun memutuskan sudah waktunya untuk pergi dari pertanian itu dan bergabung kembali dengan teman baiknya, si Helang.

Namun ketika dia berusaha untuk terbang, dia dapati bahawa ia telah jadi terlalu gemuk dan malas. Bukannya dapat terbang, dia jesteru hanya boleh mengepak-ngepakkan sayapnya. Akhirnya di Hari Thanks giving keluarga Tuan Petani duduk bersama menghadapi panggang daging Kalkun besar yang sedap.

Ketika anda menyerah pada cabaran hidup dalam pencarian keamanan, anda mungkin sedang menyerahkan kemerdekaan anda…Dan Anda akan menyesalinya setelah segalanya berlalu dan tidak ada KESEMPATAN lagi…
Seperti pepatah kuno “selalu ada keju percuma dalam perangkap tikus”

Jumaat, 17 Februari 2012

Koleksi Renungan - “INTEGRITI TERAS KEKUATAN UMMAH”

Koleksi Khutbah Jumaat :



INTEGRITI TERAS KEKUATAN UMMAH

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan tajuk: “Integriti Teras Kekuatan Ummah”.

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Menjadi sunatullah setiap detik, saat, masa akan berlalu. Hari akan berganti hari, tahun akan berganti tahun, tanpa kita sedar 2011 akan meninggalkan kita. Begitulah lumrah alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini. Umur dunia kini semakin meningkat tua. Setiap masa lanskap muka bumi kita terus menerus mengalami perubahan pesat kerana penguasaan tinggi manusia dalam bidang sains dan teknologi. Sungguh pun begitu, di sebalik perubahan tadi hakikatnya nilai integriti manusia sejak dulu hingga kini pada dasarnya  adalah sama dan sering menjadi isu dalam masyarakat dunia.

          Menurut tafsiran, integriti bermaksud kejujuran, keikhlasan, kesempurnaan atau keutuhan. Secara kasarnya manusia yang berintegriti adalah  merujuk kepada sifat jati diri terpuji yang perlu ada pada manusia seperti ikhlas, jujur, amanah, berpegang pada janji, tidak mudah dipengaruhi, bercakap benar dan sifat-sifat positif yang lain. Manusia yang mempunyai integriti adalah sifat yang tidak boleh dipisahkan dengan sifat kemanusiaan itu sendiri selari kewujudannya yang dimuliakan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah at-Tiin ayat 4:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

          Berdasarkan ayat ini, kita memahami bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT kerana pada fitrahnya manusia adalah makhluk sosial yang berfikiran waras, rasional, tepat, kreatif, benar, dapat membuat penilaian antara yang baik dan buruk. Mengulas perkara ini, Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir al-Munir menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana diberikan anggota badan yang lengkap dan sempurna, makan dengan tangannya, mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran, tutur bicara serta mampu mengurus kehidupan. Semua kelebihan ini memungkinkan manusia itu menjadi khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

          Kepentingan umat manusia menjaga fitrah diri ini sememangnya mendapat perhatian serius daripada Rasulullah SAW dalam sabda Baginda iaitu:

Mafhumnya: “Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi”
( Riwayat Ahmad)

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Manusia yang hilang integriti dari segi zahir atau batin akan merosakan hubungannya dengan Allah SWT, sesama manusia, dan dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan serta alam persekitaran. Dalam al-Quran telah dirakamkan beberapa individu yang tercemar integritinya seperti Firaun yang zalim, penasihat kanannya yang korup iaitu Haman dan Qarun yang mengampu Firaun. Begitu juga disebutkan beberapa kaum yang  rosak integriti kemanusiaannya lalu dihapuskan oleh Allah SWT dari muka bumi ini seperti kaum Thamud umat Nabi Saleh, umat Nabi Lut dan kaum Aad umat Nabi Hud. Pendedahan azab kaum-kaum tersebut di dalam al-Quran, berkait rapat dengan pencemaran integriti yang paling tinggi iaitu mensyirikkan Allah SWT, maka sewajarnya azab itu menjadi pengajaran kepada manusia.

Berdasarkan kesan buruk yang menimpa umat terdahulu, jelas bahawa kaum yang tercemar integritinya mempunyai kaitan dengan amalan seorang jahiliyah. Mohamad Qutb dalam bukunya 'Masyarakat Islam' menjelaskan terdapat empat ciri jahiliyah iaitu: (1) Syirik dalam ibadah; (2) Wujud sikap menjauhi agama Allah; (3) Wujud Taghut (penegak kesesatan) yang memujuk manusia agar jangan mematuhi hukum Allah; dan (4) Menjatuhkan hukuman secara tidak adil kerana mengikut hawa nafsu.

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Tanpa berpandu dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, agak sukar umat Islam melahirkan manusia yang berintegriti. Ini kerana kesan menghayati dua sumber ini berupaya mengeluarkan umat Islam daripada kepompong jahiliyah. Dari sini mereka benar-benar bertanggungjawab sebagai khalifatullah yang cemerlang. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 110:

Maksudnya: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah.”

          Dalam ayat ini, Allah SWT memuji umat Islam yang menjadi ikon bagi umat yang lain. Ini kerana umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia lain dengan menyeru ke arah kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Mengapa Allah SWT memberi penghargaan tinggi kepada umat Islam?. Tidak lain ia disebabkan oleh nilaian prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh umat Islam itu sendiri. Allah SWT amat menyukai umat Islam yang cantik integriti zahir dan batinnya. Jika umat Islam memiliki kesempurnaan integriti zahir dan batin sudah pasti ia akan menjadi ikutan bangsa dan kaum yang lain.

          Islam tidak menghendaki umatnya hanya kelihatan cantik di luar sahaja tetapi batinnya hodoh. Persoalan besar timbul ialah bagaimana kita boleh mewujudkan keindahan integriti zahir dan batin?. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduanya pula terdapat perkara syubhah (tidak jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia.” (Riwayat Muslim).
         
Selain itu, dalam ilmu fekah telah menetapkan terdapat hukum wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Ia bertujuan supaya batas-batas halal dan haram, dapat dipatuhi bagi mencantikan integriti zahir dan batin kita. Kesempurnaan integriti manusia adalah tanda-tanda orang yang bertaqwa. Oleh sebab itu dalam setiap solat Jumaat, khatib sering memberi peringatan supaya umat Islam sentiasa meningkatkan sifat taqwa agar umat Islam menjadi umat yang sempurna akidah, akhlak, moral dan kukuh integritinya. Peringatan tegas yang diberi oleh khatib di dalam masjid yang mulia itu menunjukan sifat taqwa itu menjadi nadi utama kekuatan martabat dan maruah manusia.

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bertepatan dengan hari Jumaat terakhir pada tahun ini dan bersempena dengan tahun baru 2012, maka mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah sama-sama kita melakukan muhasabah diri kita dengan merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang berlalu, di manakah kedudukan kita yang sebenarnya, adakah di landasan kebenaran atau masih lagi bergelumbang dengan onak dan duri kemaksiatan. Ingatlah bahawa Allah SWT menghitung segala perbuatan kita di dunia ini. Marilah kita memperkukuhkan integriti kita samada dalam diri, organisasi dan keluarga dengan menjauhi segala amalan jahiliyah yang menyesatkan.  Semoga dengan itu kita beroleh keredhaan Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al Israa ayat 9:
Maksudnya: “Sesungguhnya Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” 

CERITA INSPIRASI - JADILAH PELITA



Pada suatu malam, seorang buta penglihatan pulang dari rumah sahabatnya. Sang sahabat memberi bekalan dengan sebuah lentera pelita.

Orang buta itu terbahak berkata: “Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja buat saya! Saya boleh pulang jugak.”

Dengan lembut sahabatnya menjawab, “Ini agar orang lain boleh melihat kamu, biar mereka tidak melanggarmu.”

Akhirnya orang buta itu setuju untuk membawa pelita tersebut. Tak berapa lama, dalam perjalanan, seorang pejalan melanggar si buta.

Dalam ketakutannya, ia berkata, “Hei, kamu kan punya mata! Beri jalan buat orang buta ni!”

Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu.

Lebih lanjut, seorang pejalan lainnya melanggar si buta.

Kali ini si buta bertambah marah, “Apa kamu buta? Tidak boleh lihat ya? Aku bawa pelita ini supaya kamu boleh lihat!”

Pejalan itu menjawab, “Kamu yang buta! Apa kamu tidak lihat, pelitamu sudah padam!”

Si buta terdiam...

Menyedari situasi itu, pelanggarnya meminta maaf, “Oh, maaf, sayalah yang ‘buta’, saya tidak melihat bahwa Anda adalah orang buta.”

Si buta tersipu menjawab, “Tidak apa-apa, maafkan saya juga di atas kata-kata kasar saya.”

Dengan tulus, si melanggar membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun melanjutkan perjalanan masing-masing.

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta itu.

Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, “Maaf, apakah pelita saya padam?”

Pelanggarnya menjawab, “Iya, saya justeru mahu menanyakan hal yang sama.”

Senyap sejenak.

secara berhadapan mereka bertanya, “Apakah Anda orang buta?”

Secara serempak pun mereka menjawab, “Iya.,” sambil meledak dalam tawa.

Mereka pun berupaya saling membantu menemukan kembali pelita mereka yang telah jatuh ketika pelangaran tadi.

Pada waktu itu juga, seseorang datang. Dalam keheningan malam, nyaris saja ia melanggar kedua orang yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Ia pun berlalu, tanpa mengetahui bahwa mereka adalah orang buta.

Timbul fikiran dalam benak orang ini, “Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya boleh melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga boleh ikut melihat jalan mereka.”

Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita bererti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai rintangan (pelanggaran!).

Si buta pertama mewakili mereka yang terselubungi kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak sedar bahawa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan “pulang”, ia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya. Ia menjadi lebih rendah hati kerana menyedari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Ia juga belajar menjadi pemaaf.

Pelanggaran pertama mewakili orang-orang pada umumnya, yang kurang kesedaran, yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk “membuta” walaupun mereka boleh melihat.

Pelanggaran kedua mewakili mereka yang seolah-olah bertentangan dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka boleh menjadi guru-guru terbaik kita. Tak seorang pun yang mahu jadi buta, sudah selayaknya kita saling memaklumkan dan saling membantu.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap batin dengan kita. Betapa sulitnya menyalakan pelita kalau kita bahkan tidak boleh melihat pelitanya. Orang buta sulit menuntun orang buta lainnya. Itulah pentingnya untuk terus belajar agar kita menjadi makin baik, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang lewat mewakili mereka yang cukup sedar akan pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan.

Sudahkah kita suluh pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya masih terang, atau bahkan nyaris padam? JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita.

Sebuah pepatah berusia 25 abad mengatakan: Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis.

Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang membuahkan penciuman. Fikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan.

Koleksi Renungan -“MENGAWAL PINTU NAFSU”

Koleksi Khutbah Jumaat :




MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Bersempena dengan perhimpunan kita untuk menunaikan fardhu Jumaat pada hari ini marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita beroleh kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat yang kekal abadi, insya-Allah.Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “MENGAWAL PINTU NAFSU.”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Dalam kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang maka penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan adalah disebabkan kegagalan benteng dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pelacuran, kegiatan GRO, Rumah urut, kelab-kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan oleh Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

Pada hari Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan bahawa pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang menghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:



Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”



Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinn yang sah. Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah,“ adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?. Rasulullah bersabda “ Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala”.

Para sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah, ‘jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan dari melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan menpunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumus ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadith Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan dari ibadah yang lain kerana dikuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ianya berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah  SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin adalah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu  kemaksiatan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ianya bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak. Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya”(Riwayat Muslim). Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian terutama kepada ibu-bapa marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran, senantiasa memerhati gerak geri anak-anak samaada dari segi tingkah lakunya dan pergaulan hariannya, dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan sebagainya. Jadikanlah hidup berkeluarga sebagai satu ibadah yang sentiasa di rahmati Allah SWT. Ingatlah bahawa Islam mengharamkan penzinaan tetapi mengizinkan perkahwinan secara yang sah. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ruum, ayat 21:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir”.

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

Khamis, 16 Februari 2012

CERITA INSPIRASI - PENJARA FIKIRAN



Seekor belalang lama terkurung dalam satu kotak. Suatu hari ia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya, dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.
Di perjalanan dia bertemu dengan belalang lain, namun dia heran mengapa belalang itu bisa lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.
Dengan kepelikan itu dia bertanya,
“Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku,padahal kita tidak jauh berbeza dari usia maupun ukuran tubuh badan?”
Belalang itu menjawabnya dengan pertanyaan,
“Dimanakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan.”
Saat itu si belalang baru tersadar bahwa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.
Sering kita sebagai manusia, tanpa sadar, pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang tersebut. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan berulang,tradisi, dan semua itu membuat kita terpenjara dalam kotak semua yang mementahkan potensi kita.
 
Sering kita mempercayai mentah-mentah apa yang mereka katakan kepada kita tanpa berfikir dalam bahwa apakah hal itu benar adanya atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita acap kali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tahukah Anda bahwa gajah yang sangat kuat boleh diikat hanya dengan tali yang terikat pada pancang kecil? Gajah sudah akan merasa dirinya tidak boleh bebas jika ada “sesuatu” yang mengikat kaki nya, padahal “sesuatu” itu boleh jadi hanya seutas tali kecil…
Sebagai manusia kita mampu untuk berjuang, tidak menyerah begitu saja kepada apa yang kita alami. Kerana itu, teruslah berusaha mencapai segala aspirasi positif yang ingin kita capai. Sakit memang, lelah memang,tapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang di pilihkan orang lain untuk kita...

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

Rabu, 15 Februari 2012

CERITA INSPIRASI - 4 lilin



Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
 
Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.” “Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.” “Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
 
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
 
Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.” “Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.” “Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.” “Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak kecil itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh apa yang terjadi?? Kamu harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.
 
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

“Akulah HARAPAN.”
 
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

Coretan Pagi

Coretan Menyinarkan Kehidupan :

Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

Selasa, 14 Februari 2012

CERITA INSPIRASI - iNature Dan iLiving





"Kebahagiaan adalah bateri telefon bimbit yang telah meninggal dunia."


Dalam perkara yang paling kecil kepada bunyi lagu yang dilakukan oleh burung. Terperinci dan aroma bunga. Nafas harum pain, cemara, kayu aras, dan pokok-pokok poplar. Dari langit yg mengelamun biru gunung yang gemilang .Anda hanya perlu membuka minda anda dan pergi ke alam semula jadi dan ia akan membawa anda. Anda boleh meneroka diri anda sendiri. Satu boleh mendapatkan pemahaman sebenar mengenai kecantikan mereka sendiri. Kupas lapisan tidak berkesudahan keindahan yang diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam diri kita kembali.

Ini adalah salah satu sebab ia betul-betul sedih melihat orang yang hanya merenung skrin telefon bimbit mereka. Berjalan tanpa tujuan. Mereka sedang hilang titik. Gambar berdefinisi tinggi besar. Mereka mahu hidup. Mereka mahu merasa. Semua yang mereka benar-benar perlu lakukan adalah mengangkat kepala mereka. Berjalan bangga. Lihat sekeliling. Bagaimana hebat ini?

iPads dan peranti mempunyai tempat mereka. Kita boleh bercakap tentang perpustakaan indah seseorang di hujung jari mereka. Sumber yang tidak berkesudahan bahan dan pengetahuan untuk membina minda kita. Atau kita boleh bercakap, sebanyak 86% orang yang menggunakannya untuk lucah.

Sangat bagus untuk mendapatkan maklumat dalam denyutan jantung. Tetapi ia menyusahkan untuk melihat rakyat di banyak mengebumikan kehidupan mereka di facebook dan lain-lain rangkaian sosial.

Teknologi adalah hebat apabila digunakan dengan betul. Atau ia boleh mengambil satu turun jejak balik berdebu to Now here jika seseorang itu tidak berhati-hati. 

Just something to think about.